Translate

Sabtu, 17 November 2012

PARA ILMUWAN ISLAM

PARA ILMUWAN ISLAM

AL-HASSAN IBN AL-HAYTHAM
 PENGASAS ILMU OPTIK & AHLI FIZIK


TIDAK RAMAI YANG MENGETAHUI BAHAWA ORANG PERTAMA YANG MENJELASKAN MENGENAI MEKANISME PENGLIHATAN PADA MANUSIA , YANG MENJADI ASAS TEORI OPTIK MODEN MASA INI, ADALAH SEORANG ILMUWAN MUSLIM BERASAL DARI IRAQ BERNAMA IBNU AL-HAYTHAM. bELIAU MEMPUNYAI NAMA LENGKAP ABU ALI AL-HASAN BIN AL-HAYTHAM AL-BASRI AL-MISRI DAN MASYARAKAT BARAT MENYEBUTNYA SEBAGAI AVENALAN , AVENATAN ATAU ALHAZEN . HAYTHAM LAHIR DI BASRAH , IRAQ LEBIH KURANG PADA TAHUN 1038 M. PADA MASA HIDUPNYA , BELIAU JUGA TERCATAT SEBAGAI AHLI FIZIK PERTAMA DARI GOLONGAN ISLAM.

IBNU AL-HAYTHAM DIBESARKAN DALAM KELUARGA YANG AKRAB DENGAN ILMU PENGETAHUAN . CINTANYA KEPADA ILMU TELAH MEMBAWANYA BERHIJRAH KE MESIR DENGAN TUJUAN UTAMA UNTUK MENERUSKAN PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR . DI SINI , DIA MELAKUKAN KAJIAN MENGENAI ALIRAN DAN SALURAN SUNGAI NIL . SETERUSNYA , DIA JUGA MEMBINA MESIN UNTUK MENGATUR ALIRAN SUNGAI NIL YANG SERING BANJIR DAN MENGGENANGI TANAH PERTANIAN RAKYAT.

            HAYTHAM MENULIS KAMUS OPTIK(KITAB FI AL-MANASIT) YANG MEMAPARKAN BERBAGAI RAGAM FENOMENA CAHAYA TERMASUK SISTEM PENGLIHATAN MANUSIA . SECARA TERPERINCI , AL-HAYTHAM JUGA MENJELASKAN FUNGSI BERBAGAI BAHAGIAN MATA SEPERTI KONJUNGTIVA , IRIS, KORNEA, LENSA DAN MENJELASKAN PERANAN SETIAP BAHAGIAN DALAM BAHAGIAN DALAM AKTIVITI PENGLIHATAN PADA MANUSIA. TOKOH BERGELAR ALHAZEN INI JUGA MENJELASKAN TENTANG RAGAM CAHAYA YANG MUNCUL SEMASA MATAHARI TERBENAM . BELIAU JUGA MELAHIRKAN TEORI MENGENAI BERBAGAI JENIS FENOMENA FIZIKAL SEPERTI BAYANGAN , GERHANA DAN JUGA PELANGI.
 
           SELAIN ITU, IBNU AL-HAYTHAM JUGA MELAKUKAN EKSPERIMEN UNTUK MENJELASKAN PENGLIHATAN BINOKULAR DAN MEMBERIKAN PENJELASAN YANG BETUL TENTANG BERTAMBAHNYA SAIZ MATAHARI DAN BULAN KETIKA MENDEKATI CAKERAWALA . TIDAK HAIRAN JIKA KEMUDIAN "BAPA OPTIK"  DUNIA ITU MAMPU MEMECAHKAN REKOD  SEBAGAI ORANG PERTAMA YANG BERJAYA MENGGAMBARKAN DENGAN KESELURUHAN SERTA TERPERINCI AKAN ORGAN PENGLIHATAN MANUSIA.
 
            TEORI YANG DILAHIRKAN JUGA MAMPU MEMATAHKAN TEORI PENGLIHATAN YANG SEBELUM INI TELAH DIAJUKAN OLEH DUA ILMUWAN BERASAL DARI YUNANI, PTOLEMEUS DAN EUCLID . KEDUANYA ILMUWAN INI MENYATAKAN BAHAWA MANUSIA DAPAT MELIHAT KERANA ADA CAHAYA YANG DIKELUARKAN DARI MATA LALU MENGENAI SUATU OBJEK. BERBEZA DENGAN KEDUANYA , IBNU HAYTHAM MEMBETULKAN TEORI INI DENGAN MENYATAKAN BAHAWA OBJEK YANG DILIHATLAH YANG MENGELUARKAN   (MEMANTULKAN)   CAHAYA YANG KEMUDIAN DITANGKAP OLEH MATA SEHINGGA DAPAT DILIHAT.
           
            SELAMA LEBIH DARI 500 TAHUN, KITAB OPTIK TERUS BERTAHAN SEBAGAI BUKU PALING PENTING DALAM ILMU OPTIK. PADA TAHUN 1572, KARYANYA DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA LATIN DENGAN JUDUL OPTICAE THESAURUS . BAB TIGA JILID PERTAMA DALAM BUKU INI MENGUPAS IDEANYA TENTANG CAHAYA. DALAM BUKU ITU, HAYTHAM JUGA MENUNJUKKAN KEYAKINANNYA BAHAWA SINAR CAHAYA KELUAR DARI GARIS LURUS DARI SETIAP TITIK PADA PERMUKAAN YANG BERCAHAYA.

Ahad, 28 Oktober 2012

Kisah jenaka haiwan

kerbau dan keldai
Di sebuah ladang ,terdapat seekor kerbau dan seekor keldai yang membantu petani mengerjakan kebun sayur. Mereka berdua bekerja keras saban hari dibawah terik matahari, enam hari seminggu.
          Si kerbau yang kepenatan mencadangkan sesuatu kepada keldai:"Apa kata esok kita berpura-pura sakit? Bolehlah kita kita berehat."
             "Eh mana boleh!masih banyak kerja kita yang masih belum selesai?" "alah, berehat sehari pun cukuplah".
"terpulanglah pada engkau . Aku akan bekerja esok.
Keesokan harinya , si keldai bekerja sendirian. Melihat si kerbau tidak bermaya, pemiliknya memberikannya lebih remput segar untuk diragut. sebaik sahajamelihat keldai balik dari ladang ,si kerbau bertanya:"Bagaimana hari ini ?"penat?!"
Mestilah penat. Aku bekerja seorang diri.
"Banyak kerja dapat kau siapkan hari ini ?
Sedikit sahaja.Aku bukanlah gagah perkasa macam kau"  
"Tuan ada cakap pasal aku tak?
"Tak ada"
Keesokan harinya, si kerbau curi tulang lagi. Alasannya sama kurang sihat.Sebaik sahaja keldai pulang dari ladang si kerbau bertanya:"Bagaiman kerja kau hari ini?"
"Aku penatlah. Sedikit saja yang dapat aku selesaikan hari ini.
"Tuan ada cakap pasal aku tak ?"
"Tak ada.Tapi aku adadengar tuan berbincang sesuatu dengan tukang sembelih tadi"
 Gulp!Si kerbau mengelabah.
Pengajaran:Sikap terlalu kerap memberi alasan agar dapat melepaskan diri daripada sebarang amanah hanya mendatangkan musibah dan kemudaratan kepada diri sendiri.

Politik Pramatang

Gaya orang melayu berpolitik belum matang. Ini menyebabkan berlakunya percakaran tanpa mengira muslim, tempat dan perkara. Cara menyarang lawan begitu agresif sehingga boleh meletakkan situasi pada keadaan "kalah jadi abu,menang jadi arang ". Ironinya ,pertembungan bukan sahaja berlaku pada muslim pilihan raya, malah berlarutan pasca pilihan raya.

Politik kalah mati yang diamalkan sekarang jika tidak ditangani dengan baik, akan menyebabkan orang melayu menjadi semakin emosianal dalam menghadapi sesuatu isu semasa sama ada pada peringkat nasional mahupun antara bangsa.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Mahu sihat


makanan yang boleh menyahatkan kita .
Antara yang dimalkan oleh Nabi kita Rasulullah.

1. Delima


Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99

2. Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

3. Kurma
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

4. Habbatus Sauda’
Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5. Za’Faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

6.Madu
Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

7. Zaitun
Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20

8. Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”…
Sama2 kta mngamalknnye…