Translate

Ahad, 28 Oktober 2012

Kisah jenaka haiwan

kerbau dan keldai
Di sebuah ladang ,terdapat seekor kerbau dan seekor keldai yang membantu petani mengerjakan kebun sayur. Mereka berdua bekerja keras saban hari dibawah terik matahari, enam hari seminggu.
          Si kerbau yang kepenatan mencadangkan sesuatu kepada keldai:"Apa kata esok kita berpura-pura sakit? Bolehlah kita kita berehat."
             "Eh mana boleh!masih banyak kerja kita yang masih belum selesai?" "alah, berehat sehari pun cukuplah".
"terpulanglah pada engkau . Aku akan bekerja esok.
Keesokan harinya , si keldai bekerja sendirian. Melihat si kerbau tidak bermaya, pemiliknya memberikannya lebih remput segar untuk diragut. sebaik sahajamelihat keldai balik dari ladang ,si kerbau bertanya:"Bagaimana hari ini ?"penat?!"
Mestilah penat. Aku bekerja seorang diri.
"Banyak kerja dapat kau siapkan hari ini ?
Sedikit sahaja.Aku bukanlah gagah perkasa macam kau"  
"Tuan ada cakap pasal aku tak?
"Tak ada"
Keesokan harinya, si kerbau curi tulang lagi. Alasannya sama kurang sihat.Sebaik sahaja keldai pulang dari ladang si kerbau bertanya:"Bagaiman kerja kau hari ini?"
"Aku penatlah. Sedikit saja yang dapat aku selesaikan hari ini.
"Tuan ada cakap pasal aku tak ?"
"Tak ada.Tapi aku adadengar tuan berbincang sesuatu dengan tukang sembelih tadi"
 Gulp!Si kerbau mengelabah.
Pengajaran:Sikap terlalu kerap memberi alasan agar dapat melepaskan diri daripada sebarang amanah hanya mendatangkan musibah dan kemudaratan kepada diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan